Final Piala Malaysia 2009: N. Sembilan Juara 2009! [Video Update]
Negeri Sembilan menjadi juara edisi ke-84 Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Bukit Jalil malam ini.
Negeri Sembilan mendahului 1-0 pada minit ke 18 apabila Shahurain menjaringkan gol yang cantik terus ke penjuru gol. Halim Napi cuba menyelamatkan tetapi tidak dapat menghalang gol tersebut.
Sebaik sahaja babak kedua bermula, Hairudin Omar berjaya meloloskan diri dan mudah menewaskan Halim Napi untuk gol kedua pada minit ke-45.
Shahurain sekali lagi menjadi duri kepada pertahanan Kelantan apabila lariannya ke dalam kotak penalti di halang oleh pertahanan. Pengadil tidak teragak-agak memberi sepakan penalti. Aidil Zaquan Adha mudah menyempurnakan penalti pada minit ke-60 dan memberi N.Sembilan mendahuli 3-0.
Penyokong Kelantan mula membaling objek ke tengah padang dan beberapa kursi penonton dibakar. Polis terpaksa bertindak untuk meredakan kemarahan penyokong Kelantan.
Di masa kecederaan, Indra Putra menghasilkan gol yang cantik melalui sepakan percuma. Namun gol tersebut tidak mengubah apa-apa kepada keputusan perlawanan.
Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan!













