Hooliganism cemarkan Final Piala Malaysia 2009
Pasukan N.Sembilan berjaya membawa pulang Piala Malaysia setelah menanti selama 61 tahun dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan menarik di Stadium Bukit Jalil malam tadi.
Walaubagaimanapun, kemenangan tersebut dicemari oleh hooligan bolasepak tempatan apabila ada individu yang menyalurkan rasa tidak puas hatinya melalui melontar mercun, membaling objek dan membakar kerusi duduk setelah pasukan mereka ketinggalan.
Pihak polis dan petugas stadium terpaksa bertindak untuk mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku.
Tindakan diburukkan lagi dengan melontar batu ke arah jurukamera tv menyebabkan seorang jurukamera cedera di leher.
Terdapat juga penonton yang menggunakan sinar laser dan cuba menyilaukan mata pemain-pemain. Ini dapat di kesan melalui cahaya “hijau” yang dipancarkan ke muka dan juga badan pemain-pemain ketika permainan semakin ke penghujung.
Ini adalah memalukan bolasepak tempatan kerana kita tidak mahu budaya hooligan dari luar negara di bawa masuk ke negara kita. Tindakan segelintir penyokong ini memberi imej yang buruk kepada bolasepak tempatan.


Sementara itu, seorang penyokong Kelantan ditahan polis malam tadi.
Lelaki berusia lingkungan 30- an itu ditahan pada pukul 12.05 tengah malam berhampiran stesen LRT Bukit Jalil oleh sepasukan polis kerana dipercayai cuba mencetuskan pergaduhan di dalam stadium.
Lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, sejam kemudian lelaki terbabit dibebaskan selepas memberi keterangan kepada polis.













